Thursday, January 27, 2011

Sains

MATLAMAT
Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai
minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi asas
pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru,
murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan
teknologi dalam kehidupan harian untuk mengikuti pelajaran
sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan
budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat
bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab
terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam.

OBJEKTIF
Kurikulum Sains untuk sekolah rendah membolehkan murid:
1. Memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi dan
dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan
fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian.
2. Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains
bagi membantu mereka memahami diri sendiri serta alam
sekeliling.
3. Menguasai kemahiran berfikir dan strategi berfikir melalui
pembelajaran berfikrah.
4. Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses dan
kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri
penemuan.
5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis
dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam
penyelesaian masalah, membuat keputusan dan
mengkonsepsikan.
6. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan
bijak dan berkesan.
7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni .
8. Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi.
9. Menghargai sumbangan dalam sains dan teknologi untuk
pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.
10. Menyedari saling hubungan antara kehidupan dan
pengurusan alam semula jadi untuk kebeterusan hidup.
11. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains
adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk
memahami fenomena alam ke arah